Wednesday, December 9, 2009

Bayi Kepala Khinzir



Add Imagejika anda melihat gambar ini pastii rasa keinsafan..tapi itu lah yang mau ditunjukkan kepada kita bahawa allah swt cukup berkuasa dimuka bumi ini

Port Syaitan

Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda – Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat – Puerto Rico, Mexico – dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.

- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.

- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.

Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Kesimpulan

Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah

- piramid yang berbentuk segitiga,

- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,

- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,

- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,

- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),

- misteri UFO dan sebagainya.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam

Arnab Gergasi

assalaamu’alaikum w.b.t……. Ini bukan cerita tentang Alice in Wonderland, tetapi Alice si arnab gergasi. Sebelum ini ibu dia iaitu Amy yang dikenali sebagai ‘the Flemish Giant rabbit’ adalah yang terbesar dalam rekod, tetapi sejak dia mati tidak lama dulu, sekarang ini anak dia pula yang pegang takhta.c

http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/09/alice-biggest-rabbit.jpg

Pemiliknya adalah Mrs. Annette Edwards yang berumur 56 tahun. Dia mengatakan bahawa Alice yang sudah berumur 18 bulan itu sudah lebih besar dari Amy, iaitu dengan saiz 3 kaki 3 inci. Dan rupa2nya arnab ini adalah arnab yang ketiga Puan Annette yang mencipta rekod dunia. Semuanya kerana saiz kegergasiannya. Yang pertama dulu dia berikan nama Roberto, saiz 3 kaki 6 inci dan mati pada tahun 2006. Mujur lah tuannya tak menjadi gergasi jugak.

Ada sesiapa lagi yang membela arnab sebesar itu? Nampak dah nak sama besar dengan anak kambing dah tu. Kalau ada sila lapor diri, kita masukkan dalam buku Kopi O Book of Record. Ni apa hal mereka guna nama arak pulak pada buku rekod itu, secara halus mahu mempermainkan manusia dengan menjaja arak

Puak Bo?


Di Gongxian,China, terdapat satu perkuburan tergantung yang dikenali sebagai ” Hanging Coffins of Bo People”.Kawasan tersebut didiami oleh satu kumpulan etnik minoriti puak BO yang hidup di wilayah barat daya Yunan seawal 3,000 tahun yang lalu.

Perkuburan tergantung ini telah ditemui pada tahun 1949 dan projek pemuliharaan keranda tersebut dimulakan pada kali pertama pada 1974 hingga 1985.Kemudian , disambung semula pada September 2002.

Laporan kajian awal menyebut terdapat sejumlah 280 buah keranda tergantung di wilayah Gongxian.Walau bagaimanapun , semenjak 10 tahun yang lalu hampir 20 buah keranda yang mencecah 130 meter dari tanah telah jatuh di kaki gua dan rosak.

Pada 16 September 2002 ,sekumpulan pasukan yang terdiri daripada pakar muzium dan kebudayaan bergegas ke Matangba untuk melakukan penyelidikan.Mereka menemui sebuah keranda yang mempunyai rangka kepunyaan seorang ahli pua Bo terakhir yang dikatakan hidup pada 400 tahun yang lalu.Di dalam keranda tersebut , ditemui pasir dan tiada artifak pengkebumian seperti keranda purba yang lain.Namun,selepas kajian lanjut ,berkemungkinan berlaku percerobohan kerana kedudukan keranda tersebut yang berada 20 meter sahaja dari tanah.

Pasukan tersebut menjalankan operasi pemuliharan dengan prosedur yang ketat.Sejenis minyak ‘tung’ di gunakan untuk merawat dan mengekalkan keranda purba tersebut.Keesokan harinya,lima buah keranda telah dibuka dan mereka menemui mangkuk porselin biru dan putih , dua bilah pisau dan dua bilah tombak.Artifak ini bertarikh semasa era Dinasti Ming.

Siapa Puak Bo ?

Puak Bo merupakan golongan etnik minoriti yang tinggal luar sempadan wilayah Shicuan dan Yunnan.Mereka telah mencipta satu budaya yang cemerlang seawal 3,000 tahun yang lalu.Nenek moyang kaum Bo juga telah menolong Western Zhou (c.1100 – 771 BC) untuk menggulingkan Dinasti Shang (c.1600 – 1100 BC).

Kaum Bo berbeza daripada kumpulan etnik yang lain terutamanya mengenai kaedah pengkebumian mayat.Keranda diperbuat daripada kayu balak yang keras dan tidak bercat.Kemudian keranda tersebut digantung pada dinding gua dan batu dan masih elok walaupun melebihi beribu-ribu tahun.Kaedah tersebut banyak digunakan pada masa itu sebelum kaum Bo pupus secara misteri.

Penemuan Makhluk Asing Di Marikh

Baru-baru ni heboh di internet , media massa dan media elektronik mengenai penemuan imej misteri yang dirakam oleh dua robot peninjau di Planet Marikh.Imej misteri itu menunjukkan makhluk dengan susuk tubuh seakan-akan manusia duduk di atas batu di sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet berkenaan.

Tetapi adakah itu benar-benar makhluk asing ?

Tidak! Jika kamu perhatikan betul-betul imej tersebut , ia bukanlah makhluk asing tetapi hanya batu.Ternyata teori mngenai makhluk asing di Planet Marikh adalah tidak benar sama sekali.Sudah pasti , sesiapa yang fanatik mengenai makhluk asing dan UFO ( saya salah seorang nye , ) akan kecewa !!

Ini bukan kali pertama gambar yang dirakam oleh NASA dikatakan mempunyai bukti kewujudan makhluk asing di planet marikh.Pada tahun 1976 , seorang jurugambar yang bernama Richard Hoagland mendakwa menemui wajah aneh di planet marikh hasil penyelidikannya.

Namun bukti itu disangkal kerana pada tahun 1988 , Mars Global Surveyor mengambil gambar sekali lagi di bahagian planet marikh yang dikatakan ada wajah aneh seperti yang didakwa oleh Richard.Hasil penemuan oleh Mars Global Surveyor adalah imej yang dikatakan sebagai wajah aneh itu sebenarnya terhasil daripada low image quality , pareidolia dan bayang-bayang.

Note : Tak tahulah plak kalau ada respon dpd team fanatik UFO ngan Alien yang mengatakan NASA buat konspirasi utk close bukti kewujudan alien sekali lagi ..

Video keajaiban tuhan

Ikan Duyung terdampar semasa ribut di sabah

Video keajaiban tuhan

Cuba kita tengok video yang saya ambil dari youtube..Inilah yang dikatakan bahawa allah cukup
berkuasa ke atas umatnya.

Hantu Pocong Di Felda Jengka 4


Mak aih mengucap panjang kami bila baca Harian Metro semalam. Mana taknya terkejut tengok gambar pocong yang kononnya ditangkap di Felda Jengka 4. Memang nampak real gambar hantu pocong nie. Sebijik macam pocong yang selalu kita tengok dalam filem-filem seram Malaysia dan Indonesia.

Kami respek betul dekat Abdul Rahman Sabie yang dengan beraninya sempat snap gambar si hantu pocong nie. Jam 3 pagi pulak tue. Kalau kitorang la, memang dah berdesup lari. Compem kaki tak jejak tanah. Takut beb ada pocong kat depan rumah jiran jam 3 pagi.

Korang rasa betul ke tak betul gambar pocong yang diambik ni? Sekali imbas nampak macam real kan? Nampaknya kena gi hantar kat pakar gambar la untuk tentukan adakah ini gambar benar atau hanya rekaan semata-mata. Yang penting, kami tetap seram jugak tengok menatang alah nie.

Seram!!!


Perhatikan betul-betul gambar di atas. Nampak tak? Ops, lupa nak cakap yang jangan tengok sebelum anda tidur. Nanti confirm takleh tidur. SERAM beb!!!
Benda ini berlaku di Asrama di sebuah sekolah..Jadi renung2 kanlah

Ikan Duyung Benarkah?




PERHATIAN!!! Sila pastikan anda sudah makan tengah hari dan makanan telah dihadam lebih kurang satu jam sebelum anda meneruskan membaca artikel ini. Kami tak bertanggungjawap sekiranya tiba-tiba anda terasa mual dan terus muntah ke keyboard komputer anda secara tiba-tiba.

Ini adalah amaran keras dan berbahaya kerana gambar wajah ikan duyung yang akan kami paparkan adalah indah khabar daripada rupa. Sesungguhnya jika anda sudah terasa mual apabila melihat gambar sirip ikan duyung di atas, anda dinasihatkan untuk tidak melihat gambar-gambar ikan duyung yang seterusnya.

Buat ibu mengandung lagilah tak digalakkan sebab takut terkenan dengan wajah sebenar ikan duyung ini. Tapi kalau anda jenis hati kering dan tak peduli dek amaran, sila baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat gambar wajah sebenar ikan duyung.

Makan Dalam Air


Biasanya kita makan kat restoran,kedai mamak,hotel,dan lain2 lagi.tapi apa yang anda nampak kat gambar diatas manusia da bole makan kat dalam air.ini berlaku di hawai.kalau ada kat malaysia mesti syok kan..

Baby Mandikan Ular Sawa


artikel ni saya dapat dari sebuah laman web..apa yang menghairankan haiwan seganas ular sawa yang boleh makan manusia dijinakkan oleh seorang budak kecil..betapa ganjilnya dunia zaman sekarang.Renung-renung kan lah buat diri kita

Kiamat 2O12


Anda pasti tahu mengenai angka 2012 bukan? 2012 dipecayai adalah tahun berakhirnya dunia (the end of the world) atau hari kiamat. Tahun 2012BC adalah ramalan daripada masyarakat purba (Mayan) mengenai hari kiamat. Pada tahun ini juga dipecayai berlaku gempa bumi besar,ombak mega tsunami dan juga pelanggaran antara Bumi dan Planet X. Pihak NASA tidak menafikan tentang kewujudan Planet X atau Nibiru yang menuju kearah bumi. Apa agaknya yang akan anda lakukan seandainya perkara itu benar-benar terjadi? Masa depan kita sudah pun diketahui.. dan perlu di ingat, semua itu adalah ramalan barat tentang kejadian Hari Kiamat.

Bagi kita umat Islam.. percaya pada Hari Kiamat merupakan rukun Iman yang k-5 dan kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur, rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati, kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.
My World.. © 2008 Template by:
SkinCorner